|
Pengumuman -
Pengumuman Rasmi Sekolah
|
|
Written by duralen
|
|
Wednesday, 05 October 2011 |
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 akanbermula pada 9 Oktober 2012 hingga 16 Oktober 2012. Pihak sekolah mendoakan semua pelajar yang menduduki peperiksaan ini dapat menghadapinya dengan tenang dan menjawab dengan lancar, seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang seperti yang diharapkan. Kejayaan yang bakal dikecapi bukan hanya menjadi kebanggaan sekolah, malahan kepada ibu bapa dan yang paling penting adalah untuk pelajar sendiri. Selamat menjawab, moga maju jaya. |
|
Last Updated ( Monday, 24 September 2012 )
|
|
|
Kursus Modul Latihan Sukan |
|
|
|
|
Berita -
Kokurikulum
|
|
Written by duralen
|
|
Friday, 12 August 2011 |
|

Pada 27 Julai 2011 satu Kursus Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Permainan 2011 telah berlangsung di SMK Jelapang Jaya. SMK Wira Jaya telah menghantar 6 org guru dari 25 - 27 Julai 2011. Terima kasih dan tahniah kepada Encik Razali, Encik Asraffudin, Puan Fadzlina, Cik Anis Nadia, Cik Nisak dan Puan Adura yang telah mengikuti kursus tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada Kementerian dan Bahagian Sukan khususnya kerana menganjurkan kursus tersebut. Perkongsian ilmu teori dan praktikal yang diberikan dapat menambahkan lagi pengetahuan semua guru yang menyertai kursus. Sila klik pada ALBUM di sebelah kiri web untuk gambar selanjutnya
|
|
Last Updated ( Friday, 12 August 2011 )
|
|
|
HARI SUKAN SMK WIRA JAYA 2011 |
|
|
|
|
Berita -
Kokurikulum
|
|
Written by gpb2061
|
|
Thursday, 21 July 2011 |
|
Pada 23 Jun 2011, Temasya Sukan SMK Wira Jaya telah dijalankan dengan jayanya dari pukul 2.00 hingga 6.30 petang. Temasya sukan tahunan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran atlet-atlet jemputan dari sekolah-sekolah berhampiran, guru-guru pengiring dan ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia yang telah mempersembahkan demonstrasi silat untuk mengisi waktu rehat pada hari tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan temasya sukan kali ini. Majulah sukan untuk negara! |
|
Last Updated ( Thursday, 21 July 2011 )
|
|
Read more...
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 1 - 5 of 8 |