Laman Utama arrow Profil Sekolah  
Thursday, 24 July 2014
Maklumat Asas Sekolah PDF Print E-mail
Written by gpb2044   
Tuesday, 29 June 2010

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat adalah sekolah harian terbaik di negeri Perak dan terletak kira-kira 8 km dari pusat bandaraya Ipoh. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1984 dengan menerima pelajar-pelajar daripada sekolah rendah yang berhampiran. Pelajar-pelajar ditempatkan dalam 6 buah kelas iaitu 3 kelas peralihan dan 3 kelas tingkatan 1. Pada tahun 1985, bilangan kelas bertambah kepada 12 buah dan bilangan guru bertambah kepada 23 orang. Pada tahun 1986, 2 blok pasang siap telah dibina. Sesi persekolahan diimplementasikan dalam 2 sidang iaitu sidang pagi dan sidang petang. Pertama kali pelajar mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) ialah pada tahun 1986. Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1987, kelas tingkatan 4 aliran sastera dimulakan.

Pada tahun 1988, buat pertama kalinya pelajar SMKGR menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1989, SMKGR mula menerima pelajar-pelajar luar daripada 3 buah sekolah rendah asrama desa iaitu Pasir Panjang Ulu, Batu Kurau dan Lenggong. Dalam masa yang sama, SMKGR juga menerima pelajar-pelajar dari luar bandar melalui Program Rancangan Khas. Sebahagian besar daripada pelajar-pelajarnya datang daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rokam, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rapat dan SJK(C) Gunung Rapat, Ipoh.

Pada tahun 1991 sehingga 1999, bilangan tenaga pengajar dan pelajar terus bertambah. SMKGR juga telah terpilih sebagai Akademi Sukan Negeri (ASN) dan juga telah terpilih untuk untuk menjalankan Projek Tunas Cemerlang Olahraga yang dibiayai oleh Majlis Sukan Negara (MSN). Pada tahun 1998, SMKGR telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM. Pada tahun yang sama juga, sekolah ini telah dinaikkan taraf ke sekolah gred A. Dewan sekolah ini telah mula dibina pada tahun 1999 dan mula digunakan untuk pelbagai aktiviti pada tahun 2001. SMKGR telah dianugerahkan Keputusan Pencapaian tertinggi Daerah Kinta PMR dan SPM. Pada tahun 2002, SMKGR sekali lagi mengekalkan kecemerlangan akademik dan menerima Anugerah Gemilang Akademik SPM dan PMR bagi kategori Sekolah Menengah Bandar. Pada tahun 2005, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Sekolah Lima Bintang".

Pada Mac 2007, SMKGR telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila diiktiraf sebagai "Sekolah Kluster Kecemerlangan" bagi kategori sekolah harian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2008 pula, SMKGR telah dijadikan sebagai Sekolah Sukan Negeri Perak. Justeru, pelbagai alatan dan kelengkapan sukan mula dibekalkan kepada sekolah ini. Antaranya ialah dengan pembinaan sebuah stadium mini dan juga trek sintetik yang telah siap pembinaannya pada Jun 2010. Pada tahun 2009, SMKGR telah dianugerahkan "Anugerah Cemerlang PMR 2009" bagi kategori Pencapaian Sekolah Terbaik Daerah Kinta Utara oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.  

 

 

 

Last Updated ( Sunday, 18 July 2010 )
 
Capaian

   
   

 


   Dasar Privasi      Dasar Keselamatan       Penafian       Hak Cipta    



 

Maklumat Asas Sekolah

Kod Sekolah: AEA2044

SMK Gunung Rapat,
Jalan Teoh Kim Swee,
31350 Ipoh, Perak.

No. Telefon:    05-3122855
No. Fax:           05-3132067
Email:              This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Enrolmen Guru:    74
Enrolmen Murid:    878

Kalendar
Masa Itu Emas