Laman Utama  
Saturday, 25 October 2014
Sekilas Pandang
Pengumuman Rasmi Sekolah
Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2014

Selamat Menghadapi Peperiksaan UPSR 2014 kepada semua calon SK Wira Jaya. Setelah berusaha sedaya upaya dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada semua guru maka sampailah saat dan ketika untuk kita bertawakal dan berserah kepada-Nya. Harapan seluruh warga pendidik SK Wira Jaya agar anda semua sentiasa dipermudahkan untuk menjawab soalan dengan tenang dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang.

 
Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

Selamat hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh warga SK Wira Jaya.  Sekolah akan mula bercuti pada 26 Julai 2014 hingga 3  Ogos 2014.               

Aidilfitri merupakan hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa. Dalam kita merayakan kedatangan Aidilfitri ini, harus kita beringat bahawa tidak semua yang mampu merayakannya. Tidak semua saudara kita di luar sana adalah setaraf dengan kita. Ada di kalangan mereka bukan sahaja tidak mampu membuat persiapan hari raya malahan ada juga yang bertanya, " Adakah puasa saya diterima Allah kiranya saya tiada apa-apa untuk berbuka dan tiada apa-apa untuk bersahur ". Cuba kita renungkan keadaan ini sekiranya kita juga senasib dengan mereka. Memanjat rasa kesyukuran atas kenikmatan yang diberi adalah sebaik-baik orang beriman.

Ramadan tinggal beberapa hari lagi. Adakah Ramadan yang akan berlalu telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kita ? Atau adakah kita merasa begitu teruja kerana tidak perlu lagi menahan diri daripada lapar dan dahaga ? Atau adakah kita begitu teruja dengan kedatangan Aidilfitri dengan meninggalkan masjid atau surau dan memenuhi pasar raya sebagai persiapan hari lebaran ini ? Kita tidak pasti adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadan di tahun-tahun akan datang. Ada yang menitis air mata kerana akan meninggalkan Ramadan yang mungkin tidak akan bertemu lagi di tahun-tahun akan datang. Ucaplah selamat tinggal kepada Ramadan bulan yang penuh dengan kerberkatan dan kerahmatan dengan amalan yang dituntut agar kita juga mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada-Nya.

Walaupun apa pun masa akan tetap berlalu dan kita merasakan bahawa masa begitu cepat berlalu. Sambutlah Aidilfitri dengan rasa penuh  kesyukuran kerana Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam. Bagi yang akan pulang ke kampung berhatii-hati di jalan raya, semoga kita selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali semula.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Ikhlas daripada ,

WEBMASTER

 
Pelaksanaan Pelekat Keselamatan
 
Jadual UPSR 2014
Sila muat turun Jadual UPSR 2014 untuk rujukan. Klik untuk proses muat turun
 
Selamat Menjalani Ibadah Ramadan

Selamat Menjalani Ibadah Ramadan 

Kami seluruh warga SK Wira Jaya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadan Al-Mubarak 1435 Hijriah kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan.

 Kelebihan Ramadan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
 
SK WIRA JAYA
Capaian

   


Pentadbir
 

Pn Nor Asiah Bt. Ahmad.
Guru Besar

Senarai Guru Besar

1. Puan Rosida Bt. Mohd Sainee -  Januari 2003 -  April 2008

2. Puan Hjh Robitah Bt. Mohd Noor - April 2008 - September  2010

3. Puan Hjh Paridah Bt. Abdul Karim - Disember  2010 - Jun 2013

4. Encik Zainor Amri B. Zulkifli - Julai 2013 -  April 2014

5. Puan Nor Asiah Bt. Ahmad - April 2014 - Kini

Masa Tetap Berlalu
Logo Sekolah
Maklumat Asas Sekolah

KOD SEKOLAH : ABA 2069
KELUASAN : 67906.2 METER PERSEGI
LOKASI : MUKIM HULU KINTA
GRED : B
BILANGAN GURU : 22 ORANG
BILANGAN MURID : 171 ORANG
BILANGAN STAF : 4 ORANG
TELEFON : 05-3188132
FAKS : 05-3188131

 BANGSA 

 L  

P
JUM
MELAYU 88 70 158
 INDIA 8 0 8
ASLI 0 0 0
 LAIN-LAIN 3 2 5
Takwim
Sabtu, 25 Oktober 2014 || 2 Muharram 1436 Hijriah
Pendapat Anda
Adakah wajar UPSR dimansuhkan ?
 
UPSR
 
09  -  11 SEPTEMBER 2014
( SELASA - KHAMIS )
 
BERAPA HARI LAGI ?
 SUDAH BERSEDIA ?
 


Berita Online
 
 
Pengunjung Sekarang
Bilangan Pengunjung
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini17
mod_vvisit_counterKelmarin18
mod_vvisit_counterMinggu Ini150
mod_vvisit_counterBulan Ini744
mod_vvisit_counterJumlah48539