Laman Utama arrow Dari Meja Guru Besar  
Thursday, 24 April 2014
DARI MEJA GURU BESAR PDF Print E-mail
Written by gpb2046   
Wednesday, 19 September 2012

 

 


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, laman portal rasmi SK Dato' Ahmad Said Tambahan ini dapat diakses oleh kita semua. Sebagai pentadbir di sekolah ini, saya sesungguhnya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana dapat bersama-sama menggerakkan sekolah ini ke arah kemajuan teknologi sejajar dengan hasrat kerajaan kita.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Unit ICT SK Dato' Ahmad Said Tambahan di atas usaha mereka membangunkan seterusnya mengemaskini laman portal sekolah ini agar ia sentiasa segar dan juga berupaya menyalurkan maklumat yang terkini. Adalah menjadi harapan saya jika kemudahan ini dapat dikongsi bukan sahaja oleh semua warga SKDAST, malah turut melibatkan murid-murid dan para ibu bapa. Usaha ini juga dapat melahirkan masyarakat yang membudayakan ICT. Saya yakin, dengan perancangan yang telah dibuat, usaha untuk menjadikan laman ini sebagai laman yang interaktif akan tercapai jua akhirnya.

Akhir kata, saya amat berharap agar semua kemudahan dan prasarana ICT yang telah disediakan ini akan dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dengan pembangunan dan kemajuan sekolah kita.

Semoga dengan adanya laman portal rasmi ini , SK Dato' Ahmad Said Tambahan akan terus maju seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan.

Sekian, terima kasih.

 

Pn. Faeyzah bt. Abd. Rahman

Guru Besar

SK Dato' Ahmad Said Tambahan

Last Updated ( Tuesday, 16 October 2012 )